12 September 2013

UITM LENDU


Haii , disebabkan assignmnt semua da submit bolelah kite rajin rajin bukak blog ni . Sekarang ni faten study dekat uitm lendu , tapi transit je kat sini . Yang tetap nanti kat tapah . Kat uitm lendu ni , faten amik diploma perakaunan . Sekarang ni baru semester 1 , ada lagi 4 semester . 

Da nak final baru sibuk nak cite pasal tempat belajar . haha . Belajar kat sini biasa je . Bestlah jugak . Dapat kawan baru , pengalaman baru . 

Yang ni gambar classmates faten. Kat lendu ni budak perakaunan semester 1 je da ade 10 kelas . 1 kelas dalam 23 atau 24 org . wani kelas MAC1101G .



yang ni budak ni dari sekolah teknik lagi satu sekolah dan satu dorm . bila da masuk uitm lendu ni course je lain lain tapi kitorang duduk kat kolej yang same . haa nasib baik tak satu bilik . kalau dapat satu bilik memang heavenlah


11 September 2013

AL - MATHURAT

hello , setelah sekian lama tak post entry kat blog ni , akhirnya saya kembali . maklumlah sejak da masuk universiti ni , life pn semakin busy .  cehhh, padahal baru part 1 , takdelah busy mane pn . hahaha . 
harini nak cerita sikit pasal al-mathurat , korang semua mesti tahu kan pasal al-mathurat ni . selalunya mathurat ni orang bagi mase kerjakerja kahwin tu . takpun kadang-kadang dalam sesetengah yasin pn ada mathurat . korang boleh tengok sendirilah . mathurat ni ada dua , satu mathurat sughra(kecil) satu lagi mathurat kubra(besar) . tapiselalunya orang baca mathurat sughra sebab lebih pendek dan lebih ringkas . tapi kalau korang nak baca mathurat sughra ni bole je .

macam saya , dulu saya duduk asrama dan kitorang mesti akan solat maghrib dan isyak secara berjemaah . lepas da solat maghrib tu kan ada gap panjang kan sementara nak tnggu masuk waktu isyak tu . so , time tulah kitorang bace mathurat ni , kitorang selalu baca mathurat sughra . daripada korang tak buat apeape , berbual-bual je , lebih baik korang baca mathurat ni . 


mathurat ni banyak faedahnya kalau baca , salah satunya kalau korang baca mathurat ni waktu pagi , korang akan dipelihara sampai petang dan kalau korang baca waktu pagi , korang akan dipelihara sehingga pagi . selain tu , Allah menyempurnakan nikmat ke atas orang yang membacanya , hati akan jadi lebih tenang , selamat dari segala sesuatu dan lain-lain . ok tu jelah wani nak kongsi kat korang buat masa ni . 

ok . assalamualaikum . byeeee